Sunday, July 26, 2009

STACY TAMBAH YAKIN.

Sebut saja nama Stacy,pasti terbayang aksi lincah juara (AF6) tatkala beraksi di atas pentas.Masakan tidak,kebolehan menari di samping vokal mantap dan bertenaga sering saja menggamit perhatian penonton.
Bagaimanapun jika tidak berada di laluan yang betul mungkin kerjaya seninya akan berkubur begitu saja .melihat bakat yang dimiliki ,pasti sayang jika dunia seni kehilangan penyanyi yang memiliki bakat besar seperti beliau.
Itulah juga yang dirasakan oleh penyanyi kelahiran Sabah ini.Selepas MAESTRO TALENT and MANAGMENT ditutup ,Stacy cukup risau memikirkan hala tujunya .Bagaimanpun ,di tengah kebimbangan itu ,Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB)sedia menyambung kontraknya.
Sepanjang 3 bulan berada dibawah AESB ,perjalanan seni saya semakin lancar .Malah saya cukup berterima kasih kepada mereka kerana mereka mempunyai perancangan untuk saya.
"Malah saya cukup gembira berada dibawah naungan baru ni..Meskipun pekerja AESB tidak ramai tetapi mutu kerja mereka meyakinkan.
Mungkin kerana artis yang bernaung dibawah mereka juga tidak seramai ketika berada di bwh Maestro jadi kami(artis AESB)tidak terlepas pandang"katanya.
Membandingkan 2 syarikat pengurusan artis itu,Stacy @ nama sebenarnya Stracie Angie Anam lebih selesa dgn syarikat baru berkenaan .Sekurang-kurangnya,dia tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui apakah perancangan yang bakal dilakukan syarikat berkenaan demi masa depannya.
"Tidak elok pula saya bercerita soal lalu.Tetapi ,apa yang boleh saya katakan ,AE menjalankan kerja dengan baik .Tidak tahu pula dgn artis lain tetapi dgn saya semuanya berjalan dgn lancar."katanya gembira.
Bercerita mengenai perkembangan terbarunya,Stacy baru saja menerima sebuah lagu baru daripada KRU.Katanya ,lagu berkenaan masih lagi dalam proses untuk dijadikan single terbarunya.
"Buat masa ini,saya akan menghantar lagu Pakai Buang untuk dijadikan single.Dalam masa sama ,klip video lagu berkenaan juga sudah selesai dirakamkan dan ia hanya menunggu masa untuk ditayangkan.
"Selain itu,saya baru sahaja merakamkan lagu latar untuk drama Mengegar Dunia bersama Adam .Jadi,pemilihan lagu untuk single seterusnya masih lagi dilakukan.:katanya.
Selain menyanyi ,dia pernah dilamar sebuah produksi lakonan .Pada mulanya,Stacy begitu teruja untuk menjayakan drama berkenaan tetapi kerana jadual padat ,ia akhirnya terpaksa ditolak.
"Ketika mendapat tawaran berkenaan ,,saya cukup gembira .Bila lagi saya mahu menimba pengalaman baru.Begitupun,kerana jadual padat dgn aktiviti pentas saya tidak dapat menjayakannya.
"Bagaimanapun,rasanya buat masa ini lebih baik saya menumpukan seratus peratus perhatian terhadap bidang nyanyian."katanya.



~credit to metro harian~

No comments:

Post a Comment

suke post nie...