Friday, September 11, 2009

Buat E-Kad Raya Dari Wajah Kelakar



KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2009: Apa perasaan anda jika dapat melihat wajah kelakar 3 bintang AF iaitu Hafiz, Aril dan Mila sewaktu mereka sedang bergembira? Tentu seronok bukan?
Eksklusif untuk anda, murai.com.my bersama Mamee sempena kempen Raya Gaya Mamee Sllrrrp memaparkan senyuman gembira dan aksi mereka itu.
Jangan lepas peluang kerana setiap aksi mereka ini bukan sekadar tontonan tetapi boleh digunakan untuk peraduan menghantar e-kad raya yang sedang berlangsung sekarang. Paling menarik, wajah dan aksi unik mereka ini tidak boleh diperoleh di mana-mana selain di laman web rayagayamamee.com.my.
Anda pasti tersenyum melihatnya. Manakan tidak, foto-foto ini memang eksklusif dan menarik. Kesemua foto ini telah diambil ketika sesi fotografi yang dijalankan untuk kempen Raya Gaya Mamee Sllrrrp. Foto ini juga diambil sebelum Aril dan Mila terbang ke Jakarta untuk drama muzikal Kau dan Aku.
Jadi apa tunggu lagi. Simpanlah foto-foto ini untuk tatapan anda atau lebih baik lagi, gunakan foto-foto itu untuk menghasilkan e-kad sekarang.
Hantarkan sebanyak mungkin e-kad raya untuk menjadi pemenang hadiah utama peraduan – sebuah rumah terbuka percuma yang dihadiri oleh ketiga-tiga mereka!

~credit to MURAI~

No comments:

Post a Comment

suke post nie...