Sunday, September 27, 2009

Stacy & Nubhan semakin renggang?

Stacy & Nubhan
Oleh Raja Nurfatimah Mawar
Berita Harian Online


DULU heboh cerita mengatakan juara Akademi Fantasia 6, Stacy dan Nubhan bercinta tetapi mereka tidak pernah mengiya dan menidakkannya. Sejauh mana kebenaran gosip mereka bercinta, hanya empunya diri yang mengetahui. Sampai hari mereka masih berteka-teki, balik-balik jawapan yang diberikan teman rapat, tetapi rapat macam mana tak pastilah pula.

Bagaimanapun, Raja dengar hubungan Stacy dan Nubhan tak rapat seperti dulu lagi, kalau dulu mereka umpama
`merpati sejoli' tetapi mereka bijak menyembunyikan hubungan itu, susah nak mencungkil rahsia hati mereka. Raja faham ketika itu masing-masing baru saja keluar AF dan nak mengecapi populariti, tentu mereka tak mahu merosakkan kepercayaan peminat dengan gosip yang bukan-bukan.

Bertemu dengan Nubhan, baru-baru ini, Raja sempat bertanya hubungannya dengan Stacy. Agak berat mulutnya berterus-terang, sebaliknya Nubhan hanya menggeleng kepala. Raja faham apa yang tersirat di hatinya, hubungannya dengan Stacy sudah berlalu. Nubhan masih belum bersedia berterus-terang, sebaliknya hanya mengakui kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka semakin jauh.

"Apa yang dapat saya katakan, saya lebih suka mencari gadis beragama Islam untuk dijadikan teman hidup. Bukan apa, budaya dan tradisi orang Melayu dan Islam berlainan, tak semua orang faham. Senang cakap, biarlah saya cari gadis seagama Islam, lebih mudah untuk membentuk," katanya ringkas.

Jadi tak salahlah tekaan semua, Stacy dan Nubhan sebenarnya menjalinkan hubungan selama ini, cuma nampaknya takdir tidak dapat menyatukan mereka. Raja faham soal agama tidak boleh diambil mudah, jadi lebih baik mereka tak meneruskan hubungan jika agama dan pegangan menjadi penghalang.

No comments:

Post a Comment

suke post nie...