Wednesday, November 25, 2009

KOMPILASI 10 SINGLE HANGAT CARTA LAGU DI PASARAN...


Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kini tampil dengan album kompilasi dari ‘single’ sembilan (9) artis di bawah naungannya iaitu Mawi, Mila, Stacy, Akim, Aril, Hafiz, Yazid, Isma dan Anita Sarawak. Peminat berpeluang memiliki sendiri lagu terbaik nyanyian barisan artis terbaik yang menduduki carta tertinggi radio sepanjang tahun 2009. Album kompilasi ‘single’ terbitan AESB ini memuatkan sepuluh (10) lagu hebat yang bakal diedarkan oleh Syarikat Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Sepuluh (10) lagu yang dimuatkan ialah Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Sugul (Yazid), Berbicara (Isma), Jika Kau Ubah fikiran (Mila), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi & KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy) dan Maafkan (Anita Sarawak).

Lagu berjudul ‘Bengang’ nyanyian Akim telah mencatat rekod lagu paling lama mengungguli carta lagu nombor satu (1) radio HOT.FM selama lebih dari enam (6) minggu berturut turut. Di carta ERA pula, Pakai Buang (Stacy) telah berada selama 11 minggu, Menatap Matamu (Aril AF7) selama 6 minggu, Masih Jelas (Hafiz AF7) selama 24 minggu, Bengang (Akim AF7) selama 24 minggu dan Jika Kau Ubah Fikiran (Mila) 5 minggu. Manakala lagu lain sedang mendaki anak tangga carta 40 ERA iaitu Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Sugul (Yazid) dan Berbicara (Isma).

Malahan, Pakai Buang, Masih Jelas dan Bengang turut tercalon untuk Anugerah Juara Lagu TV3. Paling menarik sokongan para peminat yang tidak berbelah bagi menambah lagi kehangatan lagu Masih Jelas, Bengang dan Menatap Matamu apabila pelayar pelayar Youtube secara sukarela melakar muzik video berbentuk animasi untuk ketiga tiga buah lagu ini.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, album kompilasi berjudul ‘ERA RADIO “HITZ” ini turut memuat tujuh (7) muzik video percuma untuk tatapan peminat yang menyokong kerjaya seni artis artis di bawah naungan AESB. Album ke- 2 terbitan AESB ini dijangka berada di pasaran seluruh Malaysia pada akhir November 2009. Kompilasi khas untuk peminat ini boleh didapati dengan harga RM21.90.

Para pendengar juga berpeluang mendapatkan lagu lagu kompilasi hangat ini melalui nada dering dilaman web Maxis, Digi dan Celcom.



No comments:

Post a Comment

suke post nie...