Monday, December 28, 2009

Lagu Stacy & Nubhan @ AF8..

UJIBAKAT AF8
Bagi meneruskan lagi bukti sokongan terhadap pembangunan seni tanahir dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, program nyanyian realiti popular; Akademi Fantasia kini diteruskan lagi masuk musim kelapan.

Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, ”Dalam usaha untuk meneruskan matlamat dan memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap, kami meneruskan inisiatif untuk membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura sama seperti pada tahun lepas. Pada musim lepas, kami mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan untuk menyertai program realiti ini. Kami percaya dengan terus memberi peluang itu kepada golongan ini, kami mampu memberi mereka peluang untuk terus menyemarakkan industri seni tanahair melalui platform yang disediakan.”

Pada tahun ini, pihak produksi akan mengunjungi lima buah negeri bagi mengenalpasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan melalui kelas-kelas yang telah ditetapkan di akademi.

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap – Stacy (Pop)
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila (Rock)
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah ( Ballad)
4. Dan Sebenarnya – Yuna (Ballad)
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza (Irama Malaysia)
6. When You’re Gone – Avril Lavigne (Rock)

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:

1. Situasi – Bunkface (Pop)
2. Hujan – Sudirman (Ballad)
3. Ada Untukmu – Nubhan (Ballad)
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah (Irama Malaysia)
5. Fikirlah – Aizat (Pop)
6. I’m Yours – Jason Mraz (Ballad)

Di peringkat ujibakat, para peserta harus melepasi tiga pusingan saringan sebelum disenarai pendek. Juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa sesi ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussin dan guru vokal yang berpengalaman dalam membentuk pelajar AF iaitu Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi. Dua orang pakar motivasi juga telah dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar. Mereka ialah Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih popular dengan nama Dr Fazley di kalangan para pelajar AF4 serta Azahari bin Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Luv di kalangan para pelajar AF5.

~MORE INFO HERE OR HERE~

No comments:

Post a Comment

suke post nie...